Mutiara Kata Harian

31 12 2009

Hidayah bukan untuk ditunggu tetapi dicari.





Selamat Hari Aidiladha 1430H

27 11 2009

Alhamdulillah.. Hari Raya Aidiladha tahun ni amat bermakna bagi saya kerana pertama kalinya dapat menyertai ibadah korban. Juga tahun yang saya rasa dapat menyelami dan menghayati apakah itu korban. Sebenarnya Hari Raya Aidiladha adalah hari raya utama umat Islam bukannya Hari Raya Aidilfitri.

Kenapa ia dikatakan hari raya yang utama?

Ia dikatakan utama kerana pengorbanan untuk mendekatkan diri kepada Allah, mengingati Allah lagi sukar daripada melawan hawa nafsu. Bukan bermaksud melawan hawa nafsu itu senang tetapi mendekatkan diri, mengingati Allah selalu itu sebenarnya lagi sukar. Selain itu Hari Raya Aidiladhalah adalah hari seluruh umat Islam di dunia berkumpul di Padang Arafah. Mencecah hampir 3 juta orang pada masa itu.

Mengalahkan mana2 perhimpunan lain di dunia malah perhimpunan konsert2 maksiat sekalipun.

Sesungguhnya pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail itu merupakan satu pengorbanan yang sungguh luar biasa.  Cuba kita bayangkan kita berada di tempat mereka. Sanggupkah kita? Sedangkan Allah memerintahkan kita solat lima waktu pun sudah kita cuai inikan pula perintah yang sungguh berat ini.

Di sini kita dapat melihat betapa berimannya mereka terutama Nabi Ibrahim yang diuji dengan pelbagai ujian. Dari kepayahannya mendapat zuriat, perintah membina Kaabah, dan menyembelih anak tunggalnya Nabi Ismail.

Kenapa Allah memberi kita ujian?

Sebenarnya tanpa ujian maka iman kita sebenarnya tidak teruji. Sama seperti di alam persekolahan kita diuji dengan pelbagai ujian untuk menentukan kita ini berada di tahap yang mana. Selain itu dengan ujianlah kita menjadi semakin menjadi kuat dan tabah.

Akhir kata sama2lah kita meneliti diri kita dan memperbaiki iman kita semoga menjadi hamba yang diredhai dan dikasihi oleh Allah.

Allah tidak sesekali menzalimi hambanya tetapi kitalah yang telah menzalimi diri kita sendiri dengan tidak mengikuti perintah-Nya dan menjauhi laranga-Nya. Jika sesuatu bala itu menimpa kita adakah patut menganggap Allah itu zalim?





Bagaimana Merebut Hidayah Allah (Bahagian 1)

23 11 2009

Berpegang teguh dengan agama

“Dan sesiapa teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus).” (surah Ali-Imran 3:101)

Beriman dengan Allah SWT dengan sebaik2 iman

Iman yang tiada sekelumit pun dalam hati syak dan ragu2

“Dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang berlaku itu sengan tenang dan sabar).” (surah al-Taghabun 64:11)

Beramal dengan Al-Quran dan Sunnah

“Maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab.” (surah Taha 20:123)

Berilmu

Ilmu membawa kepada mengenal Allah dan mendapat hidayah-Nya. Allah berfirman, “Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu.” (surah Fatir 35:28)

Tidak menjadi hamba hawa nafsu

Katakanlah lagi: “Aku tidak akan menurut hawa nafsu kamu, kerana kalau aku turut, sesungguhnya sesatlah aku, dan tiadalah aku dari dari orang2 yang mendapat hidayah petunjuk.” (surah al-An’am 6:56)

Bermujahadah

“Dan orang yang berusaha dengan bersungguh2 kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan2 Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang yang berusaha membaiki amalannya.” (surah al- Ankabut 29:69)





Keadaan Di Dalam Kaabah

17 11 2009

Ketika saya dari kecil hingga ke besar saya selalu bertanya apa agaknya yang ada di dalam Kaabah dan bagaimana bentuknya yang sebenar. Anda juga mesti begitu jugakan?

Alhamdulillah seorang hamba Allah yang bertuah telah dapat masuk ke dalamnya dan merakamkan keadaan di dalam Kaabah.  Saya tak pasti sama ada yang merakamkan video ini adalah seorang anak raja arab atau orang kenamaan kerana bukan calang2 orang sebenarnya yang boleh masuk ke dalam Kaabah.

Di dalamnya kalau tak silap saya terdapat puisi2 pada zaman dahulu iaitu ketika zaman kerasulan Nabi Muhammad SAW. Orang arab jahiliah ketika itu amat mengagungkan puisi yang indah2. Jadi sesiapa yang mempunyai puisi2 yang indah akan digantungkan di Kaabah. Maka apabila Islam turun Allah telah menurunkan Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW sebagai mukjizat nabi.

Apabila dibacakan ayat2 Al-Quran kepada ahli2 puisi arab jahiliah, mereka rasa takjub dan terpesona kerana belum pernah lagi terjumpa puisi yang sebegitu indah ini. Maka ada di antara mereka yang telah memeluk Islam seterusnya mengakui ‘puisi’ ini bukan karangan dari Nabi Muhammad SAW.

Mukjizat ialah kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada nabinya untuk membuktikan kebenaran yang dibawa oleh seseorang nabi.  Diturunkan mengikut keadaan pada ketika itu. Seperti yang kita tahu Nabi Musa dianugerahkan dengan kelebihan tongkatnya kerana pada zaman itu zaman orang yang kuat dengan ilmu sihirnya dan Nabi Isa dengan mukjizat yang boleh menghidupkan orang mati dan menyembuhkan penyakit yang ketika itu zaman yang banyak dilanda penyakit.

Oleh itu mari kita ambil iktibar kisah2 nabi ini.

Jika kita rasa diri masih kurang ilmu agama maka tuntutlah dan carilah guru2 agama. Kebiasaanya di masjid2 negeri selalu diadakan kelas2 agama. Amat malang jika ilmu dunia kita sanggup tuntut tetapi ilmu agama langsung kita pandang sepi.





Mata Lahir VS Mata Hati

8 11 2009

Allah

(Setelah mereka melihat dan memerhatikan makhluk-makhluk yang Kami ciptakan itu) maka adakah Kami Telah lemah dengan ciptaan yang pertama itu (sehingga kami tidak dapat mengadakan semula?) Tidak! Dan mereka pun tidak mengingkari kekuasaan Kami). Bahkan mereka berada dalam keadaan keliru dan ragu2 tentang ciptaan makhluk2 (hidup semula) dalam bentuk yang baru.

Surah Qaf: 50: 15

Mengapa mata hati menafikan penciptaan kali kedua (akhirat) sedangkan mata lahir telah menyaksikan penciptaan kali pertama (dunia) dengan begitu jelas dan nyata?








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.