Berapa Kali Kita Ingat Allah?

6 11 2009

Adakah ketika sembahyang sahaja? Sesungguhnya orang2 yang beriman itu sentiasa mengingati Allah ketika duduk, berdiri, dan baringnya sambil memikirkan tentang kejadian alam. Berkatalah ia sesungguhnya sesuatu yang dijadikan Allah itu bukan yang sia-sia.

Oleh itu mari kita lihat realiti kita sekeliling. Betapa cantiknya ciptaan Allah. Dijadikan manusia ini pelbagai bangsa, kaum, dan rupa. Dijadikan sebegitu agar kita saling kenal mengenali. Dijadikan sesorang itu cacat supaya ia mendapat pahala kesabaran atas kecacatannya dan dijadikan seseorang itu cukup sifatnya supaya ia dapat membuat kebajikan. Subhanallah! Allah maha Pengasih Lagi maha Penyayang. Dia tahu yang terbaik buat hamba-Nya. Bersangka baiklah pada-Nya.

Dijadikan sekecil2 kuman itu supaya kita menjaga kebersihan supaya tidak menjadi seorang yang pengotor dan mudah dihinggap penyakit.  Bukankah Islam itu suci? Kerana  itulah sebelum kita solat dikendaki mengambil wuduk supaya sentiasa suci dari segi lahiriah dan supaya masjid Allah sentiasa terjaga kesuciannya. Bayangkan jika solat tanpa wuduk. Kita akan mengotorkan masjid Allah dengan lumpur2 dan kotoran lain di tubuh kita.

Jadi bagaimana ingin selalu mengingati Allah. Tidak lain dan tidak bukan hanya dengan zikrullah iaitu zikir kepada Allah. Sentiasalah berzikir di dalam hati ataupun berkata2 melalui mulut kerana ia mempunyai banyak fadhilat dan ubat kepada penyakit hati. Benarlah firman Allah bahawa seseorang yang sentiasa mengingati Allah maka akan tenang hatinya.

Ketenangan hatinya akan terpancar dari raut wajahnya.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: