Fizikal Rasullah SAW

6 11 2009

Ali Ibn Abi Talib menggambarkan ciri fizikal Rasullah SAW:

Postur tubuh Rasullah SAW tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek. Baginda memiliki perwatakan yang sedang dibandingkan kaumnya. Rambut Baginda tidak terlalu kerinting dan tidak terlalu lurus terurai. Baginda berambut ikal, tidak gemuk, dan wajah beliau tidak terlalu bulat. Kulit Baginda putih kemerah-merahan.

Baginda memiliki bola mata hitam pekat, bulu mata yang lentik serta bahu yang lebar dan tidak berbulu. Dada baginda berbulu. Tapak tangan dan kaki baginda tebal. Ketika berjalan, Baginda seakan2 melangkah menuruni tanah yang landai. Ketika menoleh (berbalik) dengan seluruh badan. Antara kedua bahu Baginda terdapat tanda kenabian. Baginda adalah nabi terakhir, manusia yang paling lapang dada, ucapannya paling mudah dipercayai, karekternya paling lembut dan cara bergaulnya paling mulia.

Siapa pun yang pertama kali melihat Baginda, pasti segan tetapi orang yang telah lama bergaul dengan Baginda pasti mencintai Baginda. Sesiapa pun yang cuba menggambarkan karektor Baginda pasti berkata “Aku tidak pernah melihat seorang pun yang sama seperti Rasullah SAW, baik sebelum mahu selepas baginda wafat”. (Riwayat al-Tarmizi, Ibn Sa’d dan al-Baihaqi)


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: