Kelebihan Yaasin

10 11 2009

Yaasin merupakan hati kepada Al-Quran. Kebanyakkan orang yang membacanya nak atau tidak akan dapat merasakan ketenangan iaitu pada hati. Anda bagaimana?

Bagi diri saya, saya memang dapat merasakannya setiap kali selepas membaca surah Yaasin. Kawan saya pernah mengatakan bahawa dia juga dapat merasakan ketenangan pada hati. Kerana itu Nabi Muhammad SAW menyuruh agar umatnya membaca Yaasin pada orang yang sakit atau hampir nazak dengan tujuan untuk memberi ketenangan hati pada orang yang menghadapi dugaan tersebut.

Besar fadhilat membaca surah Yaasin ini kerana pahalanya seperti membaca 10 kali Al-Quran. Begitu kasih dan sayang-Nya. Segala amalan kebaikan kita digandakan manakala dosa tidak digandakan. Oleh itu saya menyeru kepada diri saya dan juga anda untuk membacanya tiap2 hari kerana syafaatnya akan kembali kepada kita jua. Allah tidak berhajat sedikit pun kepada amalan kita kerana kita adalah hamba-Nya yang lemah lagi hina.

Bagi anda yang pertama kali ingin mengamalkannya. Nasihat saya teruskan bacaan kerana lama-kelamaan nanti bacaan anda akan lancar. Saya dahulu pun tidak lancar membaca surah Yaasin tetapi setelah beristiqamah dan mengikuti bacaan Yaasin di handset dan juga di masjid saya kini tidak menghadapi masalah.

Lidah kita nanti akan terasa senang membacanya malah apabila terdengar orang membaca surah Yaasin kita akan dapat mengikutnya tanpa melihat buku. Isyallah Allah akan membantu hamba-Nya yang ingin dekat kepada-Nya.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: