Apa Khabar Iman?

15 11 2009

al-quran

Iman manusia biasa ada naik dan turunnya. Iman malaikat tidak naik dan turun manakala iman nabi2 sentiasa naik tidak sesekali turun. Jadi bagaimana caranya kita sebagai manusia biasa ini sentiasa dalam keadaan berasa beriman?

Seperti yang saya tonton dalam Astro Awani ketika itu menyiarkan rancangan ilmiah menampilkan seorang ulamak terkenal Indonesia iaitu Kiai Aa Gym telah diajukan soalan oleh penonton di studio  “Ustaz kenapa ya apabila di masjid iman kita terasa naik dan berkobar2 tetapi apabila keluar sahaja dari masjid ia semakin menurun beransur2 hilang?”

Kiai Aa Gym menjawab “Cuba kamu lihat telefon bimbit jika baterinya lemah apa perlu dibuat? Ya.. jawapannya harus dicaj. Jadi begitulah diri kita sentiasa dicaj agar iman sentiasa dalam keadaan ‘full’ .

Oleh itu sama jugalah kita dalam kehidupan harian jika kita berasa tidak bermotivasi sentiasalah membaca, melihat, dan mengingati perkara2 yang boleh menaikkan motivasi kita. Seperti sesetengah orang yang meletakkan gambar2 atau kata2 perangsang di bilik tidur. Jadi jika soal iman ini pula apa salahnya kita letakkan ayat2 atau hadis2 nabi untuk kita memperingati diri kita yang sentiasa lalai.

Selain itu mungkin ringtone handset kita juga boleh diubah kepada ayat2 Al-Quran atau lagu nasyid yang mengagungkan Allah tetapi awas pastikan ketika di tandas harus di ‘silent’kan handset dan ketika ingin mengangkat handset kita itu biarlah dihabiskan kalimah yang berkumandang supaya sempurna sebutannya agar ia tidak lari maknanya.

Amalan yang lain pula selalu2lah bersembahyang berjemaah kerana kaum lelaki dituntut bersembahyang berjemaah di masjid kerana di masjidlah kita dapat mengekalkan istiqamah untuk beribadat kepada Allah. Disitulah juga kita mengenal orang2 yang alim dan ustaz yang kita dapat bertanya mengenai agama.

Selain itu  amalkan zikrullah. Sesungguhnya zikrullah itu akan menjadi benteng kepada tentera2 syaitan laknatullah daripada menghasut kita.

Manisnya iman itu akan terasa apabila hati kita sentiasa khusyuk dan seronok beribadah kepada-Nya.


Actions

Information

One response

16 06 2010
gajah_pesing

minta izin untuk menggunakan gambarnya, trims

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: