Rezeki Yang Tak Dijangka

9 12 2009

Assalamulaikum.. rasanya dah lama saya tak buat post dalam kategori catatan harian saya kan. Insyallah  lepas ni saya akan aktif untuk menulis dalam kategori catatan harian ini supaya anda semua dapat mengikuti perkembangan penulis blog ini iaitu saya dari semasa ke semasa.

Buat pengetahuan pembaca. Semalam merupakan hari yang amat gembira buat saya. Alhamdulillah kerja tetap yang saya tunggu2 selama ini telah saya perolehi. Saya telah ditawarkan jawatan Pembantu Takbir (P/O) di RISDA. Dikehendaki melaporkan diri di Ibu Pejabat RISDA di Ampang Kuala Lumpur pada 14/12/2009 nanti.

Saya sebenarnya tak menyangka akan memperolehi jawatan tersebut. Terus-terang saya beritahu anda ketika diinterview saya telah menjadi gugup dan banyak juga sebenarnya jawapan yang saya tersilap jawab.

Lepas interview tu emak dan ayah saya tanya “Macam mana along boleh jawab tak?” dan saya jawab “Oklah, boleh jawab”. Hati saya sebenarnya sedih tak dapat jawab dengan baik. Ayah saya dah mula marah kepada saya.

Saya jarang dipanggil interview jadi pengalaman tu tak ada. Bila masuk bilik interview jantung saya tiba2 berdegup kencang dan banyak fakta2 penting saya terlupa.. blank! Apa2 pun saya berjaya mengolah jawapan yang ditanya oleh penemuduga panel berkenaan dengan diri saya.

Ada satu kisah menarik yang ingin dikongsikan bersama anda. Buat pengetahuan pembaca saya sekarang sudah 3 tahun berkhidmat di Jabatan Perangkaan secara sambilan. 3 tahun saya sudah berkhidmat dan dalam tempoh tersebut hanya 2 kali sahaja saya dapat panggilan temuduga dan kedua2nya adalah di sektor kerajaan. Anda sendiri tahukan macam mana risaunya hati kita jika taraf jawatan kita bukan tetap.

Jadi dipendekkan cerita, temuduga yang saya lalui kali ini bagaikan telah dipermudahkan oleh Allah. Entah saya dapat rasakannya. Dari pemilihan nama saya sehingga tempat posting saya rasa mudah sahaja. Buat pengetahuan saya akan dipostingkan ke Pontian, Johor. Tempat tinggal pun saya dah beres. Alhamdulillah..

Selepas interview setiap selepas solat saya selalu berdoa kepada Allah semoga saya berjaya. Setiap kali saya jumpa kawan2 saya selalu cerita dan mintakkan diorang doakan saya. Pernah sekali saya berdoa air mata saya tiba2 berlinang. Entah di hati saya terasa sedih sangat. Saya hanya berserah kepada Allah sepenuh hati. Saya dah tetapkan hati jika dapat alhamdulillah dan jika tidak saya tak akan berasa kecewa dengan ketentuan-Nya.

Emak saya pun selalu berdoa dan kami telah memasang nazar untuk berpuasa. Insyallah saya akan selesaikan secepat mungkin. Berhati2 jika kita bernazar kepada Allah. Jika kita sudah niat WAJIB tunaikan jika hajat kita tercapai.

Bila saya renung balik dari awal saya dapat panggilan temuduga yakinlah saya bahawa janji Allah itu benar kasih-Nya melimpah ruah. Allah mendengar segala rintihan hambanya. Saya kali ni memang bergantung harap pada-Nya. Tidak bergantung harap pada panel temuduga sahaja.

Ya Allah terima kasih Ya Allah. Subhanallah.. Allhuakbar..


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: