Akhirnya!

31 12 2009

Assalamulaikum.. maaf kerana sudah lama saya tidak mengupdate blog saya ini. Buat pengetahuan pembaca saya sebenarnya baru tamat menghadiri Kursus Induksi Khusus RISDA di Port Dickson selama 2 minggu. Alhamdulillah pelbagai pengalaman menarik berlaku di sana. Saya telah berpeluang menyertai program keluarga angkat hampir seminggu di Lenga, Muar Johor.

Kursus ini terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian pertama di Port Dickson iaitu program membentuk jati diri pegawai RISDA yang baik dan kedua di Lenga, Muar menghadiri program keluarga angkat iaitu menyelami kehidupan pekebun kecil. Banyak pengalaman saya timba. Paling penting bagaimana kita perlu menepati masa. Pengurusan masa itu yang penting.

Aktiviti selama 2 minggu itu sungguh padat dan memenatkan saya. Walaupun pada awalnya saya agak tertekan dengan aktiviti tersebut tetapi makin lama saya rasa makin seronok. Ramai kawan2 baru saya jumpa. Yang dulunya agak2 malu nak tegur. Owh ya di sini saya lampirkan gambar di Port Dickson. Tempat ini bernama RISTEC yang merupakan salah satu pusat latihan RISDA.

Tempat ni memang cantik. Dulu merupakan sebuah resort tetapi telah diambil alih oleh RISDA. Di sana saya telah memegang dua jawatan iaitu sebagai ketua kumpulan 5 iaitu kumpulan biru dan bilal. Mula2 nak azan tu saya boleh terlupa.. blank sekejap.. adoi tak apa la jadi pengalaman. Tu la jadinya kalau tak ambik berat pasal agama. Azan pun tak ingat.. hehe.

Ok saya rasa cukuplah coretan saya di sini. Doakan saya lulus dengan cemerlang ye kursus ini kerana jika kita nak disahkan jawatan perlu lulus kursus ini dan peperiksaaan PTK nanti. Jumpa lagi.


Actions

Information

One response

5 01 2010
SAKINAH

assalamualaikum…

sy pun satu kursus ngan awk..
tp sy dah lupa mcm mana ek rupa awk..huhu
sy dr kumpulan 1..ketua group sy ,haniff..
mmg sy akui best sgt tem kursus tu, mula2 mmg lah rasa xseronok..tp bila dah kenal ngan kwn2..seronok lak, mcm xmo berpisah lak ngan kwn2..
ha,awk boleh lupa azan tu knape la?? hehe
ok,selamat bertugas ye..

sakinah,Pejabat Risda kuala krai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: