Akhirnya!

31 12 2009

Assalamulaikum.. maaf kerana sudah lama saya tidak mengupdate blog saya ini. Buat pengetahuan pembaca saya sebenarnya baru tamat menghadiri Kursus Induksi Khusus RISDA di Port Dickson selama 2 minggu. Alhamdulillah pelbagai pengalaman menarik berlaku di sana. Saya telah berpeluang menyertai program keluarga angkat hampir seminggu di Lenga, Muar Johor.

Kursus ini terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian pertama di Port Dickson iaitu program membentuk jati diri pegawai RISDA yang baik dan kedua di Lenga, Muar menghadiri program keluarga angkat iaitu menyelami kehidupan pekebun kecil. Banyak pengalaman saya timba. Paling penting bagaimana kita perlu menepati masa. Pengurusan masa itu yang penting.

Aktiviti selama 2 minggu itu sungguh padat dan memenatkan saya. Walaupun pada awalnya saya agak tertekan dengan aktiviti tersebut tetapi makin lama saya rasa makin seronok. Ramai kawan2 baru saya jumpa. Yang dulunya agak2 malu nak tegur. Owh ya di sini saya lampirkan gambar di Port Dickson. Tempat ini bernama RISTEC yang merupakan salah satu pusat latihan RISDA.

Tempat ni memang cantik. Dulu merupakan sebuah resort tetapi telah diambil alih oleh RISDA. Di sana saya telah memegang dua jawatan iaitu sebagai ketua kumpulan 5 iaitu kumpulan biru dan bilal. Mula2 nak azan tu saya boleh terlupa.. blank sekejap.. adoi tak apa la jadi pengalaman. Tu la jadinya kalau tak ambik berat pasal agama. Azan pun tak ingat.. hehe.

Ok saya rasa cukuplah coretan saya di sini. Doakan saya lulus dengan cemerlang ye kursus ini kerana jika kita nak disahkan jawatan perlu lulus kursus ini dan peperiksaaan PTK nanti. Jumpa lagi.





Rezeki Yang Tak Dijangka

9 12 2009

Assalamulaikum.. rasanya dah lama saya tak buat post dalam kategori catatan harian saya kan. Insyallah  lepas ni saya akan aktif untuk menulis dalam kategori catatan harian ini supaya anda semua dapat mengikuti perkembangan penulis blog ini iaitu saya dari semasa ke semasa.

Buat pengetahuan pembaca. Semalam merupakan hari yang amat gembira buat saya. Alhamdulillah kerja tetap yang saya tunggu2 selama ini telah saya perolehi. Saya telah ditawarkan jawatan Pembantu Takbir (P/O) di RISDA. Dikehendaki melaporkan diri di Ibu Pejabat RISDA di Ampang Kuala Lumpur pada 14/12/2009 nanti.

Saya sebenarnya tak menyangka akan memperolehi jawatan tersebut. Terus-terang saya beritahu anda ketika diinterview saya telah menjadi gugup dan banyak juga sebenarnya jawapan yang saya tersilap jawab.

Lepas interview tu emak dan ayah saya tanya “Macam mana along boleh jawab tak?” dan saya jawab “Oklah, boleh jawab”. Hati saya sebenarnya sedih tak dapat jawab dengan baik. Ayah saya dah mula marah kepada saya.

Saya jarang dipanggil interview jadi pengalaman tu tak ada. Bila masuk bilik interview jantung saya tiba2 berdegup kencang dan banyak fakta2 penting saya terlupa.. blank! Apa2 pun saya berjaya mengolah jawapan yang ditanya oleh penemuduga panel berkenaan dengan diri saya.

Ada satu kisah menarik yang ingin dikongsikan bersama anda. Buat pengetahuan pembaca saya sekarang sudah 3 tahun berkhidmat di Jabatan Perangkaan secara sambilan. 3 tahun saya sudah berkhidmat dan dalam tempoh tersebut hanya 2 kali sahaja saya dapat panggilan temuduga dan kedua2nya adalah di sektor kerajaan. Anda sendiri tahukan macam mana risaunya hati kita jika taraf jawatan kita bukan tetap.

Jadi dipendekkan cerita, temuduga yang saya lalui kali ini bagaikan telah dipermudahkan oleh Allah. Entah saya dapat rasakannya. Dari pemilihan nama saya sehingga tempat posting saya rasa mudah sahaja. Buat pengetahuan saya akan dipostingkan ke Pontian, Johor. Tempat tinggal pun saya dah beres. Alhamdulillah..

Selepas interview setiap selepas solat saya selalu berdoa kepada Allah semoga saya berjaya. Setiap kali saya jumpa kawan2 saya selalu cerita dan mintakkan diorang doakan saya. Pernah sekali saya berdoa air mata saya tiba2 berlinang. Entah di hati saya terasa sedih sangat. Saya hanya berserah kepada Allah sepenuh hati. Saya dah tetapkan hati jika dapat alhamdulillah dan jika tidak saya tak akan berasa kecewa dengan ketentuan-Nya.

Emak saya pun selalu berdoa dan kami telah memasang nazar untuk berpuasa. Insyallah saya akan selesaikan secepat mungkin. Berhati2 jika kita bernazar kepada Allah. Jika kita sudah niat WAJIB tunaikan jika hajat kita tercapai.

Bila saya renung balik dari awal saya dapat panggilan temuduga yakinlah saya bahawa janji Allah itu benar kasih-Nya melimpah ruah. Allah mendengar segala rintihan hambanya. Saya kali ni memang bergantung harap pada-Nya. Tidak bergantung harap pada panel temuduga sahaja.

Ya Allah terima kasih Ya Allah. Subhanallah.. Allhuakbar..





Selamat Hari Aidiladha 1430H

27 11 2009

Alhamdulillah.. Hari Raya Aidiladha tahun ni amat bermakna bagi saya kerana pertama kalinya dapat menyertai ibadah korban. Juga tahun yang saya rasa dapat menyelami dan menghayati apakah itu korban. Sebenarnya Hari Raya Aidiladha adalah hari raya utama umat Islam bukannya Hari Raya Aidilfitri.

Kenapa ia dikatakan hari raya yang utama?

Ia dikatakan utama kerana pengorbanan untuk mendekatkan diri kepada Allah, mengingati Allah lagi sukar daripada melawan hawa nafsu. Bukan bermaksud melawan hawa nafsu itu senang tetapi mendekatkan diri, mengingati Allah selalu itu sebenarnya lagi sukar. Selain itu Hari Raya Aidiladhalah adalah hari seluruh umat Islam di dunia berkumpul di Padang Arafah. Mencecah hampir 3 juta orang pada masa itu.

Mengalahkan mana2 perhimpunan lain di dunia malah perhimpunan konsert2 maksiat sekalipun.

Sesungguhnya pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail itu merupakan satu pengorbanan yang sungguh luar biasa.  Cuba kita bayangkan kita berada di tempat mereka. Sanggupkah kita? Sedangkan Allah memerintahkan kita solat lima waktu pun sudah kita cuai inikan pula perintah yang sungguh berat ini.

Di sini kita dapat melihat betapa berimannya mereka terutama Nabi Ibrahim yang diuji dengan pelbagai ujian. Dari kepayahannya mendapat zuriat, perintah membina Kaabah, dan menyembelih anak tunggalnya Nabi Ismail.

Kenapa Allah memberi kita ujian?

Sebenarnya tanpa ujian maka iman kita sebenarnya tidak teruji. Sama seperti di alam persekolahan kita diuji dengan pelbagai ujian untuk menentukan kita ini berada di tahap yang mana. Selain itu dengan ujianlah kita menjadi semakin menjadi kuat dan tabah.

Akhir kata sama2lah kita meneliti diri kita dan memperbaiki iman kita semoga menjadi hamba yang diredhai dan dikasihi oleh Allah.

Allah tidak sesekali menzalimi hambanya tetapi kitalah yang telah menzalimi diri kita sendiri dengan tidak mengikuti perintah-Nya dan menjauhi laranga-Nya. Jika sesuatu bala itu menimpa kita adakah patut menganggap Allah itu zalim?





Salam Ukhwah..

5 11 2009

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana akhirnya dapat menyiapkan blog ini dengan mudahnya. Sebenarnya agak lama saya tak ber’blog’ing dalam dunia blog. Di dalam fikiran saya sebenarnya ada dua pilihan. Buat blog di hosting percuma atau berbayar. Saya pada asalnya ingin buat blog dakwah ini di atas hosting berbayar tetapi apabila saya fikir ianya akan digantung jika tidak dibayar bilnya maka saya membuat keputusan membina blog ini di atas hosting percuma.

Dengan hasrat agar segala tulisan saya ini akan terus berkekalan sampai bila2 walaupun ketika saya tiada di atas muka bumi ini (sehingga hari kiamat.. Insyallah). Kerana hanya 3 amalan sahaja yang berterusan akan dibawa ke kubur oleh anak Adam iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah amal jariah, dan mempunyai anak2 yang soleh.

Doakan saya agar terus beristiqamah dan dapat berkongsi sedikit mengenai ilmu agama Allah yang saya baca dan pelajari untuk anda sekelian. Sesungguhnya dunia ini adalah medan ujian buat manusia dan ianya penuh dengan tipu daya manusia, jin dan syaitan.

Sesiapa tiada berpegang kuat kepada tali Allah sesungguhnya ia meletakkan dirinya dalam keadaan binasa di akhirat nanti. Saya bukanlah seorang ustaz dan saya rasa tidak layak pun hendak dipanggil dengan gelaran sebegitu buat masa ini.

Ada suatu keadaan yang menyebabkan cinta saya kepada Allah makin mendalam dan saya benar2 yakin seyakin2nya bahawa segala janji2 Allah itu adalah benar. Syurga adalah benar. Neraka adalah benar. Hari Kiamat itu adalah benar. Hari pembalasan itu adalah benar dan segala amalan baik dan buruk kita di atas muka bumi ini akan mendapat balasan yang setimpal dari-Nya.

Fokus utama blog ini adalah untuk meneruskan usaha dakwah dan penyedaran kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia dan dunia yang masih lena diulit kesenangan dan kelalaian yang mengasyikan sehingga terlupa kepada Robnya iaitu Allah SWT.

Di sini saya ingin meminta jasa baik kalian jika ada artikel2 yang menarik sudi agarnya mengirimkan kepada saya ke soalcintahakiki@gmail.com. Dengan sumbangan anda kita sama2 berharap mendapat pahala yang baik di sisi-Nya. Dan jika ada kesalahan dari fakta dari saya jangan segan-silu menegur saya. Saya juga hamba yang sedang mencari cinta hakiki pada-Nya.